Wednesday, December 14, 2011

Nilai Tg yang tinggi~

Crystal : Handle With Care

      status diri pada hari ini adalah kristal. kenape kristal?? bagi budak2 kimia mesti faham term ini. kristal cantik dipandang tapi bila tidak dijaga lama-lama akan berhapuk dan lapuk juga. bila dibelai hari-hari barulah nampak eloknya. ada kristal yang saiz besar, ada juga yang bersaiz kecil tapi sekarang saiz bukan persoalannya. Hati aku umpama kristal. mudah tercalar dan rapuh.... 

      kristal itu mempunyai satu ego, yang mana setiap ego itu ada harganya. semakin tinggi ego semakin tinggi nilai yang perlu  dibayar. Nilai itu bukan menjadi hak kita yang tentukannya. Tapi kenapa perlu ada ego, kan senang kalau tak ada ego. hah orang yang berego sila jawab. Kenapa??

      kristal itu disalut debu malahan tercalar hari ini. atas sedikit kesilapan teknikal. Maha Suci Allah, kesilapan itu sedikit pun tidak disedari. Hal yang sangat kecil, namun sebab kristal itu ada ego, kesilapan yang kecil itu terbawa-bawa dan teringat-ingat hinggakan boleh menyebabkan kristal itu hampir retak dan meninggalkan kesan... kristal-kristal kecil dari celahan guris kristal yang agak besar itu jatuh sedikit-sedikit. namun segala bagai tak kena. umpama air yang menghempas deras, umpama angin yang menderu laju. kristal terguris sana sini. kristal-kristal kecil jatuh berderai-derai....

     kristal dah membayar hampir seluruh harganya! tapi walau sekeras mana cuba membayar, guris itu tetap tidak akan hilang. mungkin kristal boleh digilap, dibelai dan dijaga, namun parutnya tetap ada. ada satu hal yang boleh dilakukan kristal iaitu dengan merendahkan nilai Tg. kristal itu Perfect! susunannya cantik sangat, sekata, dan ramai cuba untuk menghasilkan kristal yang sesempurna berlian. bukan semua perkara tentang kristal indah. anda tahu nilai Tg boleh direndahkan dengan mengawal 'chain stiffness'. bila kekakuan ikatan berkurang, ikatan boleh merubah kedudukan. Nah, menjadi fleksible dan Tg adalah rendah!!

     kristal harus berubah, iaitu dengan menjadi keadaan bergetah. mari-mari mana-mana beban dan daya nak rempuh, bergetah pasti bertahan. sebab bergetah adalah fleksibel =)... guris juga boleh berlaku, walau sedalam mana pun tapi guris pada bergetah dibelai-belai boleh terubat, mudah menerima keadaan sekeliling  ... daya hentam sini, getah pergi sana; daya hentam sana getah pergi sini. dah jadi tough dah sekarang..hehe 

     tapi pada satu takat, dalam keadaan bergetah pon masih boleh sedikit sisa-sisa getah pula yang akan jatuh.   mudah-mudahan tidak sekali-kali keadaan bergetah itu menemui takat putusnya sampai bila-bila pun. Ada orang kata ia jatuh bukan kerana dia LEMAH tapi kerana dia sudah terlalu lama KUAT.... ^^

     kristal ini masih dalam kristal, sedang menghampiri dan merendahkan nilai Tg nya sedikit demi sedikit untuk mencapai keadaan bergetah. masih perlu penjagaan rapi,.. tegasan ricih adalah malar.. walaubagaimanapun bergetah perlu mengambil iktibar mengapa bergetah perlu menjadi bergetah dan bukan menjadi sang kristal yang sempurna itu, juga iktibar mengapa kristal itu cantik tapi rapuh..... =)

*entry khas untuk pelajar kimia... antara KRISTAL dan GETAH....