Wednesday, January 12, 2011

:: derma daraaaaaaah ::

menjadi kesukaan aku untuk menderma dare, eh darah bile2 mase di mana jua.... 
ahh tak kire mane aku pergi, aku akan bawak sekali buku derma darah aku..
kali ini merupakan kali keempat aku derma darah..
ingat aku tak takut jarum ker??
takot wooo...

tapi aku tabahkan hati aku, so pergi jelah...
bukannye sakit pon, juz bile time nak kne cucuk uh agak gerun jugaklahh..
satu jarum kecik, satu jarum agak besar,
tapi bukan besaaaarrr punye okhe, juz besar saje.. hehe
bile time nak cucuk memang aku tak pandang langsung ar..
gerun punye pasal..

tak sakit pon,
klu nurse tu memang yang jenis hati2 n kire da pro cucuk2 ni korang takkan ade pape masalah time derma tuh.. bengkak tade, lebam pon tade..  laen lah kalau korang punye salur darah sikit punye malu nak kluar, nak cari tempat tok cucuk pon susah... ntah2 degil macam tuan die... hahaha.. 

so aku sarankan pergilah menderma darah, especially klu korang ade darah yang jenis susah nak cari macam darah A, AB and B.. darah macam aku senang je nak jumpe.. kesian kat pesakit2 yang memerlukan pemindahan darah.. kalau kita berbakti kepada orang InsyaAllah ketika kita perlukan bantuan orang laen ade bantuan yang di terime, ye dak...

kebaikan yang bukan sikit kite terime dari darah kite yang sikit nie...
cekkidout ::




BERAT badan bertambah dan menjadi punca penyakit merebak antara mitos yang dikaitkan dengan aktiviti menderma darah.
MENDERMA darah tiada hubung kaitnya dengan pertambahan berat badan. – Gambar hiasan





Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.


Terdapat jjaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.



Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.
Menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah
Dengan menderma darah, korang boleh meyelamatkan nyawa seseorang terutamanya;
  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir dan mengalami penyakit jaundis (penyakit kuning)
  • Pesakit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah

Mudah Menderma Darah, korang Hanya Perlu:
  1. Pergi ke tempat kempen derma darah atau Tabung Darah
  2. Isi boring
  3. Pemeriksaan tekanan darah & berat badan
  4. Ujian kumpulan darah & tahap haemoglobin
  5. Pengambilan darah
  6. Rehat & jamuan ringan

korang layak menderma sekiranya:
  1. Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan:
    • Sihat pada hari menderma
    • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
    • Tidak mengambil ubat aspirin atau antibiotik tempoh satu minggu sebelum menderma
    • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma
    • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam sebelum menderma
    • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu sebelum hari menderma
    • Tidak hamil dan tidak haid
    • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
    • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
    • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
    • Tidak mengambil minuman beralkohol dalam tempoh 24 jam
    • Tidak mengidapi Hepititis B atau C

Korang Dilarang Menderma sekiranya:
  • Menggunakan dadah secara suntikan
  • Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar -tukar pasangan seks
  • Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
  • Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
  • Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

derma darah.. grrrr





ni juge derma darah... hahah




2 comments:

  1. haha.. derma darah yg pic last skali i like.. ngeh3..

    ReplyDelete
  2. sory babe, aku nie x terperasan komen2 nie...
    muahahaha bukan ko jek yg suke, aku lagi sukee... haha

    ReplyDelete