Monday, January 17, 2011

:: kami bersama-sama --> Jejak Menara II ::

phew phew phew, akhirnya selesai gak program aku bersama2 dengan persatuan anak2 pahang, iaitu program Jejak Menara II.. camne aku nak kate ekk, program nie memang berbaloi2 ahh... bagi input kepada aku sendirik dan adik2 yang bakal menduduki SPM di sekitar kawasan Muadzam Shah, Pahang..

overall sume okhe, best.. lagi2 bile dapat kawan baru.. kami fasi2 pon xkenal satu sama laen mase mule2 join program nie, pastu sepanjang program jadi rapat n terus rapat.. tadi dyowang dak2 UTEM, USIM n UPNM baru jek balik lepas makan same2... tak lupe ngan adek2 kat sane.. mule2 aku segan gak, tak tau nak kate ape bile mule masuk LDK, lagi2 bile fasi bersama aku tue banyak pengalaman, da abes study n kerja sekarang... tapi sekarang sume okhe... same2 ngan adek2 yang x penat2 untuk menimba ilmu dari kami fasi2..

banyak aktiviti2 yang kami buat untuk adek2, antaranya program bersama dengan pegawai akademik UKM, eksplorace, LDK2 dan malam kesenian... aku cukup bangge dengan adek2 group aku.. yelah sume fasi mesti bangge dengan group masing2, tapi bile aku lihat perkembangan sifat2 dyowng, dari malu2 sekarang dah berani nak luahkan pendapat masing2, aku sendiri berasa kagum.. fuhh sume nie bukan kerana kami fasi yang membantu, tapi sebenarnya dari diri dyowng sendiri.. yang mahukan perubahan dalam diri... yes maybe adek2 nie perlukan persekitaran yang kondusif agar dyowng dapat menonjolkan diri dyowng..
yeah aku pon maseh perlukan persekitaran yang begitu~~!! T_T

akan merindui semua yang dilalui : 14-16 januari 2011, SMK Muadzam Shah Pahang
kakak2 abang2 adek2.. 



input yang aku dapat ::

belajar
aku dapat belajar macam mana nak jadi fasi yang baik, bukan setakat fasi je, tapi untuk menjadi peneman yang mampu bagi semangat kt org laen.. untuk jadi motivator ohh aku sangat belum layak, diri sendiri pon ke laut~! haha

menghargai dan dihargai.... 
kite bile mahu untuk rase dihargai, first kita mesti menghargai diri sendiri dan juge orang laen.. baru lah orang laen akan menghargai diri kita.. walau ape pon yang kita buat, ape pon yang kita lakukan ingat!! kita hidup bukan sendirian kat muka bumi Allah nie, so kita kenalah berhubung baik dengan semua makhluk kehidupan..

out of the box!
aku kerap cakap kat adek2, kita kena berfikiran lebih kritis, berfikir di luar zon selesa diri sendiri.. aku fikir2, semacam aku bercakap kepada diri aku sendiri.. memperingatkan diri aku yang selalu memilih untuk berada lingkungan yang aku berasa selesa.. sesuatu yang tak memberi cabaran kepada diri sendiri.. sampaikan aku tak tahu kelebihan yang ade pada diri dan had yang aku boleh alami... grrr sue chaiyok!!

buang rase benci dan awak akan gembira selama2nya!!
aku rase inilah perkare yang paling paling paling tersemat dalam kepala aku nie... aku ingat pada malam Muhasabah Diri, ketua fasi ade mention pasal perkara nie... yes right, die punye point yang sangat bermakna.. malam tu ramai adek2 menangis mase sesi muhasabah diri, walau aku x berapa nak fokus sangat tentang perkara yang disampai ketua fasi dek kerana tugas kami sebagai fasi untuk menenangkan adek tapi bait kata2 die aku dapat tangkap... ini peringatan kepada diri aku... tinggalkan segala kebencian kerana kebencian membawa kepada kehancuran, bawa bersama-sama hati yang murni kerana  akan membawa kepada kegembiraan kelak... buang semua perasaan2 itu, perasaan kebencian itu disuntik oleh syaitan nir rajim ke dalam hati hati anak Adam, menjadi gelap dan hitam...  kalau kita sentiasa merasa benci terhadap semua perkara, kehidupan yang dilalui tidak tenang dan bahagia.... ohh HAAAATTTTTI!!
syuh2, pergilah kau KEBENCIAN, sebab aku benci kau...




ayuh renovate renew hati Kita!!







kalau hati penuh benci, segala yang dipandang penuh kebencian.. its everywhere..
say NO to Hatred!!!







in the end, u'll get this..
kehidupan yang bahagia... (^_^)




tak perlu kata apa apa
SENYUM
tak perlu kata apa apa
SENYUM


*aku slalu mention diri sebagai sue sweet tu pon sebab name Fb, tapi kebenarannya alahai jauh api dari panggang.. hahahaha gile perasan kan!
tapi sumenye berbaloi- baloi...

1 comment:

  1. Salam
    Maaf, sue.. Boleh saya tahu mane Sue dapat ayat
    La ila Ha illAllah hul Halim mul 'Azim,
    La ila ha illAllah hu Robbul 'Arsyil 'Azim,
    La ila ha illAllah hu Robbus samaawat tiwa Robbul ardh,
    Robbul 'arsyil Karim.?
    Any special story behind? Tqvm :)

    ReplyDelete